Satria NEO R3 - Limited Edition

3:26 AM

Beberapa minggu lepas, Proton telah menghantar Satria NEO Cusco dan Satria NEO R3 Concept ke Tokyo Auto Show 2011.

proton-r3-satria-neo-500x375

Kali ini Proton telah membuat satu lagi kejutan iaitu mengumumkan pengeluaran edisi terhad (limited edition) Satria NEO R3.

Kali ini, Satria NEO R3 akan didatangkan dengan warna Fire Red dengan bumbung warna hitam.

Dari segi teknikal, enjin Satria NEO R3 CPS ini telah dipertingkatkan kepada Stage 2 dengan kuasa kuda 145hp dengan injap dan camshaft telah ditala semula. Dengan hanya dibekalkan dengan kotak gear manual 5 kelajuan, kereta ini memang bercirikan perlumbaan!

Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi ubah suai yang telah dilakukan bagi meningkatkan kuasa dan ketahanan enjin kereta ini. Antaranya penggunaan air intake dari gentian karbon, ekzos sistem yang baru, camshaft pully dari aluminium (lebih ringan) serta brake pad yang lebih tahan lasak.

Dengan berharga RM79,797.00, tempahan boleh dibuat dengan deposit hanya RM 2000

Rasamya Edisi Khas NEO R3 ini tidak lari banyak dari gambar di bawah ini Winking smile

Tapi kalau Proton atau sesiapa boleh bagi gambar edisi khas NEO R3 ni pon lagi bagus…boleh buat special entry post! Open-mouthed smile

** UPDATE: Officially out now - Proton Satria NEO R3. Click here for more details


Sumber: Paultan

You Might Also Like

3 comments

Twitter

Facebook