Kembali kepada tahun 2007, Volkswagen memperkenalkan kereta konsep untuk Golf GTi. Apa yang istimewanya tentang kereta konsep ini adalah, ia bukanlah kereta konsep yang hanya untuk pameran tetapi ia boleh dipandu uji!
Dengan menggunakan chasis VW Golf GTi MK5 2 pintu, jurutera-jurutera VW memikirkan kelainan yang ingin ditonjolkan kepada jentera ini.
Golf GTi pada azalinya menggunakan enjin 2.0 turbo, sudah cukup memacu kereta ini dengan laju di lebuhraya. Demi mencapai kelainan, mereka telah membuat keputusan dengan memasukkan enjin 6.0L W12 12 silinder twin turbocharged dengan kuasa 650hp. Enjin yang sama boleh didapati pada Bently Continental, Audi A8 dan VW Toureg.
Oleh kerana enjin 12 silinder ini agak besar untuk dimuatkan ke dalam bonet GTi, mereka telah meletakkan enjin ini di bahagian seat belakang sebagai mid-engined pacuan roda belakang. C-pillars jentera ini pula digunakan sebagai air-intake. Lihat juga barangan carbon yang digunakan.. cantik bukan?
Tidak hanya di ruang enjin, penggunaan barangan gentian karbon turut dikenakan pada bahagian bumbung Golf Ini.
Pada bahagian dalamnya pula, ia masih mengekalkan dashboad Golf GTi tetapi terdapat beberapa suis dan meter-meter tambahan bagi kegunaan pemandu.
Sepasang seat rekaan khas turut terdapat di dalam jentera ini.
Panel pintu juga telah melalu proses perubahan. Warna putih dan hitam dikenakan pada bahagian ini bagi menyerikan lagi ruang dalaman.
Beralih pada bahagian luar, dengan rim bersaiz 19 inci beserta penggunan kit baru untuk bumper depan dan belakang serta kit badan yang lebih besar membuatkan kenderaan ini lebih lebar sebanyak 3.15 inci.
Saksikan juga video-video review tentang Golf W12 ini.
Pemilikan VW dalam syarikat-syarikat kenderaan yang lain membuatkan “hasil seni” ini berjaya dilakukan dalam tempoh hanya 8 minggu!
Sumber: VWVortex, LeftLaneNews
0 comments