Proton Waja atau Proton Impian (export version) merupakan kenderaan pertama keluaran Proton yg dihasilkan melalui rekaan sendiri.
Waja mula dikeluarkan pada Ogos 2000 dengan variasi enjin 1.6 L yang diambil dari pengeluar kereta Mitsubishi. Enjin ini menggunakan kod enjin 4G18.
Dua tahun kemudian, Proton menambah lagi pilihan kepada pembelinya dengan pengeluaran Waja 1.8 L. Enjin yang digunakan merupakan enjin yang diambil dari pengeluar kereta Renault. Namun begitu, pengeluaran kereta tersebut dihentikan setahun kemudian mungkin disebabkan sambutan yang kurang memberangsangkan dari pembeli.
Akhirnya, pada bulan Januari 2006, Waja menggunakan enjin Campro (Campro merupakan enjin yang dihasilkan oleh Proton sendiri). Enjin ini menggunakan kod S4PHI4.
Kemudian pada tahun 2008, proton mengeluarkan pula Waja yang menggunakan enjin Campro CPS (dengan variable valve timing)
Setelah hampir 10 tahun menjadi salah satu model utama jualan Proton, terdapat ura-ura yang mana Proton bakal menggantikan model Waja.
Dengar khabarnya, model baru ini akan menggunakan platform yang sama dengan mitsubishi lancer. Cuma enjinnya mungkin tidak menggunakan enjin 2.0
Gambar-gambar spyshot dari internet:
Gambaran (agak-agak) dari Theophiluschin.com berdasarkan gambar2 di atas.
Berita di TV3
Ni plak gambar terbaru… hehehe
Secara jujurnya, dulu aku pandang rendah jugak tentang the new Waja… aku fikir apalah design yang mereka akan keluarkan. Sekali bila tengok gambar di atas, aku tengok lagi cun dari lancer pon ada… huhuhu
kalau lancer GT atau Evo 10 dengan konsep jerung, aku tgk Waja ni plak macam harimau putih yang comei …. :P
Aku harap enjin dia best…siap ada paddle shift lagi tu…
0 comments