Proton Saga

9:52 PM

Proton Saga merupakan kereta keluaran pertama dari syarikat kereta nasional negara (Proton)

Mula dikeluarkan pada 1985, model ini adalah sama dengan Lancer Fiore. Ia adalah hasil usaha sama proton dengan pengeluar kereta mitsubishi.

ori-fiore

Bermula dengan enjin Orient dan kemuadian Magma, Proton Saga telah mengalami evolusi dengan pengeluaran Proton Saga Iswara pada tahun 1992. Ini merupakan langkah pertama Proton dalam menghasilkan rekaan mereka sendiri.

saga orient saga magma iswara

Pada tahun 2003, Proton sekali lagi mengeluarkan facelift terbaru Saga yang berinspirasikan Lotus Elise. Ia dinamakan Saga LMST atau lebih dikenal dengan Saga Merdeka.

proton_saga-iswara-15a

Setelah hampir 23 tahun menjadi salah satu produk Proton, syarikat tersebut telah mengeluarkan generasi kedua Proton Saga. Dengan bermatlamatkan untuk menjadi kereta rakyat, Saga terbaru ini menggunakan platform yang baru (sama dengan Proton Savvy) berserta dengan rekaan baru. Rekaan baru ini dikatakan diambil pendapatan serta kemahuan dari kalangan rakyat Malaysia. Antara yang aku lihat adalah ruang bonet yang luas serta terdapat banyak tempat untuk meletak air :P

proton-saga-blue

New_Proton_Saga_15 New_Proton_Saga_5

Pada tahun 2008, model baru ini telah dilancarkan dengan enjin Campro iAFM 1.3 L. Enjin ini dikatakan memberikan lebih penjimatan petrol berbanding enjin Campro biasa.

New_Proton_Saga_11

Proton juga telah mengeluarkan Saga SE (Special Edition) bagi memeriahkan lagi pilihan kepada para pengguna. Ia merupakan segmen premium bagi Saga.

sagase saga-se-iia 3700191347_cc96a88705


Nantikan kemunculan spyshot new Saga facelift esok :)

You Might Also Like

0 comments

Twitter

Facebook