Kalau semalam aku post kan gambar-gambar 2008 Cosworth Kahn Design, kali ini aku nak post kan pula hasil kerja terbaru dari Kahn.
Dengan nama Kahn Range Rover Sport Vesuvius Edition, kereta ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan extra.
Pada luaran kereta ini, bakal pemilik boleh memilih warna mengikut citarasa mereka. Dengan penambahan skirt hadapan, apron belakang, vents sisi serta spoiler rekaan Kahn, kereta ini tampak lebih rendah dan smart. Kereta ini turut juga dilengkapi dengan rim aloi ringan RS-X bersaiz 22” RS-X.
Untuk ruang dalaman pula, ia adalah hasil gabungan bahan-bahan seperti piano wood gloss, java black leather dan alcantra serta kemasan jahitan Vesuvius di kulit panel pintu arm rest serta central glove box. Memang cun!
0 comments