E92 M3 pada azali sudah cukup hebat; dengan enjin bersesaran 4.0L V8, ia sudah mampu untuk menjana 414hp!
Namun untuk meraikan penglibatan M3 selama 25 tahun, pihak M division telah mempamerkan hasil tangan mereka yang terbaru iaitu M3 GTS. Versi M3 ini merupakan reflektor kepada M3 GT4 namun kenderaan ini adalah sah untuk dibawa di jalan raya
Bermula pada bahagian enjin, sesaran enjin M3 telah dipertingkatkan kepada 4.4L V8 dengan kuasa kuda 444hp.
Pada bahagian dalamannya pula, seat belakang telah dibuang untuk memberi ruang kepada roll cage dan tali pinggang keselamatan 6 point. Tidak dilupakan, satu pemadam api turut dibekalkan untuk kegunaan sekiranya terdapat kecemasan. Turut serta adalah sepasang tempat duduk rekaan khas dari M division. Tempat duduk ini lebih ringan dan lasak!
Buat pengetahuan pembaca, M3 GTS ini tidak dibekalkan radio … dan juga pemghawa dingin (oleh yang demikian, janganlah berangan-angan untuk membawa awek di dalam jentera ini… cair mekap )
Untuk memacu kuasa yang besar, jentera M3 ini dibekal dengan kotak gear 7 kelajuan (M-DCT) dengan shift characteristics.
M3 GTS ini juga turut dibekalkan set sport rim yang istimewa. Dengan warna hitam dan saiz 19 inci, jentera ini tampak ganas. Juga terdapat perincian seperti logo M yang membuatkan set sport rim ini lain dari yang lain.
Untuk bahagian luar pula, bumper hadapan jentera ini turut mengambil berat tentang pengaliran udara yang cukup ke dalam enjin. Ia direka khas agar kandungan udara yang cukup dapat memasuki ruang enjin.
Kemudian sepasang cermin sisi yang sesuai turut dikenakan.
Bagi melengkapi sistem aerodynamic kenderaan ini, satu GT wing diletakkan di atas bonet belakang. Penggunaan GT wing ini mampu menambah down force kereta ini ketika dipandu laju.
Walaupon M3 GTS lebih mirip kepada spesifikasi perlumbaan, namun ini turut dibekalkan lampu utama dengan projektor HD dan juga lampu belakang LED yang cantik.
Lampu signal sisinya pula cukup eksklusif dengan penempatan di ruang aliran udara pada sisi fender.
Akhir sekali, penggunan ekzos buatan titanium pula melengkapkan M3 GTS ini.
Menarik kan?
Saksikan beberapa video tentang M3 GTS ini.. Njoy your Monday!
Official Video:
Another video:
Review:
Sumber:
http://www.netcarshow.com/bmw/2011-m3_gts/
http://www.zerotohundred.com/2009/auto-news/revealed-bmw-m3-gts-the-most-extreme-e92-yet/
http://www.worldcarfans.com/210082028013/bmw-m3-gts-e92
http://www.mycarportal.net/2010/09/bmw-m3-gts-uk-pricing-information-revealed/
http://blog.webridestv.com/2010/07/you-cant-have-it-bmw-m3-gts/
0 comments